Friday, 16 May 2014

Nobody

Aku bukanlah ilmuwan
Yang tahu segala

Aku bukanlah ustaz
Yang pabdai semua

Aku bukanlah juga kiai
Yang penuh iman di dada

Aku cuma insan biasa
Punya hati dan perasaan manusia
Yang kadangkala terleka
Yang ingin sekali kembali
ke jalanNya

Salahkah aku bertanya
Kerna aku tidak tahu apa-apa

Salahkah aku bersuara
Walau aku mahu berkongsi cuma

Kenapa jelingan sinis ku terima
Kenapa ketawa sinis di iring bersama
Tiap kali ku tampil bersuara.

Ya,
Kau orang ugama
Punya ilmu segala
Bacaan mu sempurna
Hafalan mu tiada berjeda

Tapi kenapa
Aku dipandang sebegini rupa
Aku mahu pandai juga
Kenapa kau sedemikian gaya?
Bukankah ilmu tuhan ini percuma?

Kerna aku tahu
Aku sedar
Diriku ini bukan siapa-siapa
Di mata kamu semua

No comments:

Post a Comment