Friday, 10 October 2014

Sinner

Hey kau yang di atas.
Apa beza kau dengan kami yang di bawah?
Kenapa memandang kami sebegitu?


Jijik kah?
Hina kah?
Kotor kah?


Pernah kau lihat diri sendiri?
Pernah kau lihat bayang diri mu?
Pernah kau lihat kami dari sini?

Hey kau yang di atas.
Apa beza kau dengan kami yang di bawah?
Kita sama.

Walau tak serupa paras,
Walau tak semegah pakaian,
Walau tak selaju kenderaan,
Kita sama.

berpijak di bumi sama,
dipayung langit yang sama,
udara yang sama,
siang malam yang sama...

Kenapa kau yang di atas,
Sentiasa bongkak mendabik dada
menayang semua harta benda
berdekah-dekah ketawa menghina
kaum-kaum yang si bawah seperti kami semua?


Sedangkan kita semua adalah...

PENDOSA

Thursday, 3 July 2014

30 words poem

My playlist, usually
Is all about
What I feel
All about me
All about you
All about us

And you are
The only song
To my heart.

I love you

Suka

If you ask me
Why do I like you...
There surely will be answers

But I have none but one
To answer
Do you love me?
Why'd you love me?

Yes.

Love just happened
Without me noticing it.

Now my turn to ask
Do you love me too?
Don't answer me now.

Clap clap clap

Kadang-kadang
Main tepuk amai²
Tak berbunyi juga...

Kadang-kadang
Rasa macam
Tepuk dinding sorang²
Lagi seronok

Apalah guna
Kalau beriya-iya
Nak main tepuk amai²
Tapi kita sorang yang bersemangat

Duduk diam
Meroyan

Wednesday, 25 June 2014

The Journey

Merentas hutan
Membelah badai
Mendaki gunung
Menggapai awan
Memetik bintang

Meneroka semesta...

Apa yang ku cari?

Sunday, 15 June 2014

Empty

Sudah punya segala,
Apa lagi mahu ku?
Sudah rasa semua,
Apa lagi hendak ku?
Sudah pusing satu semesta?
Ke mana lagi jejak ku?
Ini ada, itu ada, semua ada,
Kenapa masih begini rasa?

Mungkin takkan cukup ini semua,
Kerna aku tiada siapa
Untuk berkongsi

Kosong

Saturday, 31 May 2014

Kata-kata

Some words can be said
Without meaning
Some words can't be said
Without meaning

People
Has the right to speak
Some just love to
Some speak for their thoughts

It can be as simple as a word
Or too complicated as an article
But both
Have their own meanings,
Their values
To the reader or receiver.

It's up to you
To perceive
To decide
Whether I am telling the truth
Or I'm just saying it bluntly

But
I really want you to know that
I miss you and I love you

Now, digest it.

Wednesday, 28 May 2014

Pantun

tepuk amai-amai,
belalang kupu-kupu,
tepuk biar ramai,
jangan sorang-sorang
macam aku.

tepuk amai-amai,
katak puru bawah batu,
adakah aku yang mamai,
atau dia saja buat tak tahu.

tepuk amai-amai,
gendang gendut tali kecapi,
mungkin aku memang mamai,
mungkin aku syok sendiri.

tepuk amai-amai,
berudu anak katak puru,
aku tunggu hang tak mai mai,
sampai la ni aku rindu.

tepuk amai-amai...

buai laju-laju
sampai pohon sena,
apa kurang pada ku,
hingga ditolak
orang disana.

buai laju-laju,
sampai cucuk atap,
katakan lah apa semahumu,
pilihanku sudah tetap.

buai laju-laju,
sampai ke negeri China,
dah ku katakan padamu dulu,
akan ku tunggu kau tiba,
walau berganti purnama.

buai laju-laju...

buai laju-laju,
tepuk amai-amai...



kalau tepuk tak berbunyi,
buai tak berayun,
baik duduk diam,
mengadap dinding.

Sunday, 25 May 2014

Leplep

Cakap pasal cinta
Seratus tahun tak habis punya
Semua pernah rasa
Tapi apa dia "cinta"
Takda rupa, takda kata,
Takda bau, takda warna,
Tapi boleh rasa.
Kau, aku, kita tahu ia ada.

Bisik dalam hati.
Shhhhhh~

Irrelevant

Bagai mentari terbit petang,
Bagai rembulan terbenam malam,
Bahasa puitis susah nak hadam,
mengalahkan hadap biskut marie satu talam.
tak apa.

Melayu dulu,
Melayu kini,
tak sama.

Rupa ada,
Paras pon ada,
Bahasa masih sama,
cuma sedikit berbeza.

Santun nya tiada,
Sopan nya
kadang-kadang cuma.

Gaya, personaliti,
Penampilan,
di mana?
majlis kenduri dan keramaian sahaja.

rambut sama hitam, hati lain-lain.
itu dulu.
makan satu meja, bil asing-asing.
ini sekarang.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
itu dulu.
Friends for benefit,
ini sekarang.

zaman dah berubah.
Hang Tuah pon dah mati.

Tuesday, 20 May 2014

You

Kau siapa?
Mungkin kau fikir
Kau bukan siapa-siapa

Tapi
Pernahkah kau tanya
Mereka, aku
Tentang dirimu?

Bagi ku
Kau adalah kau
Walau kau di mana
Walau apa jua kau buat
Kau tetap kau
Segalanya bagiku
Teristimewa buatku

Hanya kau yang satu
Tiada gantinya
Tiada bandingnya
Hanya kau
Untukku

Sayang

Sunday, 18 May 2014

Assurance

Kalau semua orang dalam dunia ni
Baik
Awak boleh jamin keamanan?
Kalau semua orang dalam dunia ni
Baik
Awak boleh jamin
Kita tak macam sekarang?
Awak boleh jamin
Polis, warden, lawyer, and seangkatan denagnnya
Ada kerja?
Boleh jamin?

Ada orang dikatakan baik
Ada orang dikatakan jahat
Siapa menilai?
Kau?
Kau dah baik sangat ke?
Kau?
Kau dah lama buat jahat ke?

Aku bukanlah baik mana
Aku tak tau kalau orang cakap aku jahat
Tapi for sure, aku memang
NAKAL

Dark

Pejam mata
Apa kau lihat?
Gelap, bukan?
Tunggu,
Apa kau lihat sekarang?
Bayangan.
Terus pejam.
Apa yang kau nampak?
Semua.
Apa yang kau rasa?
Semua.
Gembira, sedih, suka, derita,
Puas, terkilan, senang, bersalah,
Semua kau rasa
Semua kau nampak
Cuma dalam kegelapan.
Takut?
Jangan bimbang.
Dalam gelap,
Dalam gelita,
Tetap ada cahaya.

Carilah.

Friday, 16 May 2014

Humble

Apa yang kau pandang di atas sana?
Lupa kah kau di mana kau berada?
Kenapa kau pandang ku begitu?
Lupa kah kau kisah kita dulu?

Malam masih muda,
Mentari belum menampakkan cahayanya,
Kita sudah berjaga,
Bersiap-siap untuk pergi kerja.

Tengah hari muncul tiba,
Keringat menitis membasah muka,
Nasi bungkus yang dibawa,
Satu, untuk dimakan berdua.

Tidak pula kau merungut
Tidak pula kau meminta
Tidak pula kau bersungut
"Susah senang kongsi bersama"

Malam-malam pasang pelita,
Sumbunya pendek, berjelaga pula,
Namun kita tetap membaca,
Walau cuma alif ba ta.

Tapi
Kenapa kini kau tidak seperti dulu lagi?
Kenapa kau mula berhidung tinggi?
Kenapa kau jadi begini?
Banyak sangatkah kau terima rezeki?
Sehingga berani mendabik dada begini...

Ingatlah kawan
Ingatlah teman
Semua ini mainan
Semua ini pinjaman
Semua ini ujian
Bukan dari yang lain tapi tuhan.
Kalau dia mengkehendakkan,
Sekelip mata kau jatuh dihumban.

Bersyukurlah

Nobody

Aku bukanlah ilmuwan
Yang tahu segala

Aku bukanlah ustaz
Yang pabdai semua

Aku bukanlah juga kiai
Yang penuh iman di dada

Aku cuma insan biasa
Punya hati dan perasaan manusia
Yang kadangkala terleka
Yang ingin sekali kembali
ke jalanNya

Salahkah aku bertanya
Kerna aku tidak tahu apa-apa

Salahkah aku bersuara
Walau aku mahu berkongsi cuma

Kenapa jelingan sinis ku terima
Kenapa ketawa sinis di iring bersama
Tiap kali ku tampil bersuara.

Ya,
Kau orang ugama
Punya ilmu segala
Bacaan mu sempurna
Hafalan mu tiada berjeda

Tapi kenapa
Aku dipandang sebegini rupa
Aku mahu pandai juga
Kenapa kau sedemikian gaya?
Bukankah ilmu tuhan ini percuma?

Kerna aku tahu
Aku sedar
Diriku ini bukan siapa-siapa
Di mata kamu semua

Reward

Anak abah dah solat?
Belum?
Pergi solat dulu...
Sudah solat nanti
Kita main sama-sama.

Anak-anak abah
Hari esok,
Siapa solat penuh satu hari,
Abah bagi upah.

Anak-anak abah
Mula hari esok,
Siapa solat penuh seminggu,
Abah bagi hadiah.

Anak-anak abah
Mula hari esok,
Siapa solat penuh satu bulan,
Abah janji hadiah.

Anak-anak abah,
Lepas ni,
Abah tak bagi hadiah dah
Tapi tuhan yang bagi,
Tuhan bagi pahala.
Siapa banyak pahala,
Nanti masuk syurga.

Anak-anak abah
Semua nak masuk syurga, kan?
Nabi cakap,
Kalau kita solat sama-sama,
Lagi banyak pahala kita dapat.

Lepas ni,
Kita solat sama-sama.
Abah jadi imam,
Mak dengan anak-anak abah
jadi makmum.

Kita sama-sama
Kejar syurga,
Ya?

Tuesday, 13 May 2014

Hilang

That moment
When I first found you
I was so happy
I was so excited
You are my treasure
The one that I've been searching
For so long
That moment was and is precious

I looked at you
Everyday
I talk to you
Everytime
I cared for you
Even though you seem fine
Without my care
For a reason

I was afraid
If one day
You'll be gone
If one day
I'll lose you
If one day
You'll be out of my sight

It is painful
When that one thing
Happens
It is painful
Even when the thought of losing you
Occured to me

But it hurts me the most
When I know
You are there
But I can see you anywhere
But I can't hear you anymore
And there is nothing I can do about it.

Please come back,
Please give me a hint
At least a glimpse
Of hope
For it is more than enough
For me to know
That you are safe and sound

Letter

Kehadapan si dia,
Zaman cinta buta,
Otak menyusun kata,
Menulis warkah buat adinda,
Sampul dilipat, bersama setem di dada.
Seminggu nanti baru surat tiba
Kepadanya.

Kini,
Zaman surat tiada lagi,
Panggilan telefon,
Pesanan ringkas,
Mel elektronik, menjadi pengganti.

Kini,
Utus surat di hujung jari,
Sesaat menghantar di sini,
Sesaat pesanan tiba disisi,
Sungguh mudah sekali,
Zaman ini.

Namun kisahnya masih sama,
Dulu dan kini masih sama,
Surat untuk si penerima,
Pesanan untuk si penerima,
Adakah dia benar terima?
Adakah benar dia buka?
Adakah benar dia baca?
Bakal dibalas kah surat itu semua?

Yang di sini,
Terus menunggu tanpa kata
Terus menunggu leka
Terus menunggu si posmen tiba
Terus menunggu
Walau balasnya
Mungkin tiada.

Tunggu

Tick tock,
Tick tock,
Tick tock,

Seconds passed by
Minutes passed by
Hours passed by
Days passed by
Weeks passed by
Months passed by
Years passed by

Tick tock,
Tick tock,
Tick tock,

Take all the time you can have in the universe
Take them all with you,
Take mine as well.

I will wait.
As long as it takes
I will wait
No matter what
I will wait
Even until my time is up

Just for you.

Gravestone

Milik siapa
Milik siapa pusara itu
Milik siapa pusara di tepian jalan itu
Milik siapa

Tak bertuan
Tak berjaga
Tak diendah
Terbiar
Hanya batu penanda
Cuma

Pusara itu
Kenapa disitu
Kenapa di tepian jalan itu
Kenapa begitu
Kenapa berpusara disitu
Kenapa hanya satu disitu
Entahlah

Orang kah
Haiwan kah
Apa kah
Entahlah
Cuma pusara lama
Di tepian jalan itu

Mungkin cuma petanda
Mungkin sebagai peringatan
Mungkin untuk kau
Mungkin untuk aku
Mungkin untuk kita semua
Supaya tidak memandu laju

Pusara di tepian jalan itu

Friday, 9 May 2014

Kepompong

All these people
are either
annoying
or
annoyed with me

Once again
Let's get back
inside

THE COCOON

Biar

Words
Some words
Many words

There are words
That can be said
There are words
That are better
Left untold

Sometimes
Words
Describe thoughts
Deliver intentions
Convey meanings
Express feelings

Sometimes
Words come
With hope

Until you are sure
Your hopes
Your dreams
Your feelings
And thought
Will be replied
Positively

Only then,
You can speak
You can write
Any ways,
Up to you.

But it,
There is
Uncertainty
Unsure
Of what you might get in return

Then, those words
Are better left unsaid
Are better left untold.

"You say it best, when you say nothing at all"

El Classico

Siapa nama kau
 Aku lah laksamana
Laksamana?
 Entah aku pon tak tau
 Belum masak mungkin
Apa yang belum dimasak?
 Laksa.

...

Hey, laksamana
 Ya, apa kau mau?
laksamana
 sudah ku bilang
 belum dimasak
laksamana
 SANA!
 warung mak janda

...

Aku lah laksamana
 Laksa apa?
Laksamana
 mana apa?
Laksa!

...

Mana laksamana?
 Entah.
 Sana?
Mana?
 Siapa?
Laksamana?
 Laksa?
Bukan.
Laksamana.
 Siapa?
Laksa mana
 Di dapur.

...

Laksamana
 saya disini
Bagus.
Jangan kau kemanamana
 Saya laksamana
 Bukan kemanamana

...

Bonamana?
Bananana?
na na na na?

SEKIAN

Thursday, 8 May 2014

Words

Perasan?
Tak perasan?

Dalam
Satu hari
Satu jam
Satu minit

Berapa banyak
Perkataan sama
Di ulang cakap

Berapa banyak
Ucapan
Perasaan
Syukur
Menyesal
Pujian
Ingatan
Dilafazkan

Perasan?
Tak perasan?

Muhasabah.

Tuesday, 6 May 2014

Unspoken


AKU

siapa lah aku tanpa nama
siapa lah aku tanpa rupa
siapa lah aku tanpa mereka
siapa lah aku tanpa semua
siapa lah aku, siapa kau, siapa kita

TERIMA KASIH

kepada ibu bapa
kepada bapa dan mama
kepada ayah dan bonda
kepada datuk dan nenda
kepada guru dan pengetua
kepada kawan senda ketawa
kepada kawan teman berbicara
kepada semua

dari kecil hingga dewasa

mengajar aku membaca
mengajar aku buat semua
mengajar aku
jatuh, bangun semula

Kadang-kadang aku terlupa
kita insan biasa
aku juga pelaku dosa
bukan malaikat mahupun dewa

sementara mulut petah bicara
sementara mata cerah terbuka
sementara tangan menaip kata
sementara badan dikandung nyawa
hanya satu ku pinta,


MAAF


Colours


Hitam putih
warna pelangi
warna hidup
Penuh harmoni

Bagiku
Putih itu suci
Putih itu lemah
Putih itu
KOSONG

Bagiku
Hitam itu kuat
hitam itu perkasa
hitam itu
KOSONG

Hitam dan putih bersama
Warna lain turut serta
hidup bersama tiada sengketa.

Cuma kontra yang berbeza
Penegasan mereka tak sama
tapi saling mengimbangi antara mereka

Kanvas putih
dihiasi warna cantik berseri
indah di pandangan mata
Mahal harga nya

Kanvas hitam
Kosong tidak berupa
cuma kalau kena warnanya
tetap cantik juga
tetap indah dipandang mata
tentu mahal juga harganya

Pejam mata
Silau mentari
Kelam malam
Sama kah? Lain kah?

Sinar mentari diteman bebayang
Kelam malam diteman bulan dan bintang


Buka mata
Seluasnya

The Beast


Buka buku ada kata
Dalam kata ada makna
Dalam makna
Ada rahsia

Hutan belantara
Rimba nusantara
Terlindung banyak rahsia
tapi apa?

Buka mata
Buka hati
Buka minda
Lihat semua

Dalam hutan ada raja
Dalam hutan ada raksasa
Dalam hutan ada bermacam rupa
dan suara

LIAR

Luar hutan ada apa
Luar hutan ada siapa
Luar hutan ada manusia
Luar hutan ada kau, aku,
Kita semua.

JINAK KAH KITA?

Serupa
kadang-kadang lagi hina
dari mereka berupa raksasa
di dalam rimba.

The Game




Kau
Aku
Kita
Sama

Apa lebih kau?
Apa kurang aku?
Kau cara kau
Aku cara aku

Kau fikir kau siapa
Kau fikir betul semua
Fikir semula
Kau siapa sebenarnya

Kita sama?
kata siapa?
Kita serupa?
Sejak bila?

Aku

Kadang-kadang
Mahu menang juga.



"Somebody, somehow has to lose in this game. It is either you or me."
- Si Pemain.

Saturday, 3 May 2014

"P"

Manusia
Ada berdiri
Ada duduk
Ada banyak
Ada sedikit

Akhirnya wujud satu rasa
Puas
Selesa

Begitu jua
Umpamanya
Ikhlas

Pelbagai cara meluah
Bukan kata tanda ukur

...

Tapi
Kadang-kadang
Kencing pon
Tak lawas juga.

RockRollD


Never trust other people but me. I'm
Gonna guide you all the way there.
Give me your hands. Hold mine tight.
You won't feel lonely anymore. Look
Up ahead. Our journey has just begun.
Never give up on us. Because I'm
Gonna make it perfect for you and I. I won't
Let you down.
You will never feel
Down...anymore.

Reception

The moon is smiling
As so we are celebrating
Groom
Bride
Everybody are smiling
Everybody are enjoying
Of what we are celebrating

Congratulation
And may there be continuation
Of these smiles
Ever after




P.S. : Congratulation to Bella's Sister,  Kak Wawa and partner, Cik Jai.

Happy

I could travel
To the space
To the moon
Over the oceans
Hills and mountains

But I could never be
Happier
As when I'm with
You.

Pencemaran

Silent
Listen
Sound of nature

Birds chirp
Talkative
What do they say?
People talk
Talkative
What do we say?

Animals are loud
And calming
At some point

People talks too loud
And disturbing
Most of the time.

Pollution.

Silent

Shhh...
Duduk diam-diam
Baring
Pejam mata
Jangan menangis

Bertenang
Takda orang nampak
Takda orang tahu
Cuma kau Seorang
Yang tahu

Orang lain bercakap
Orang lain mengata
Biarkan
Takpa
Mereka taktahu
Cerita kau
Sebenar

Shhh...
Biarkan...
Nanti kan dibalas jua...

Pengakhirannya.

Devastated

Sakit
Pedih
Pilu 
Duka
Lara
Sengketa

Merana
Zahirku
Batinku
Mengenangkan mu
Bersama dia
Bergembira
Bahagia 

Alangkah bagus menjadi dia
Yang engkau pilih untuk bersama
Sedang kau bersuka-suka
Separuh mati ku berduka

Patah, tumbuh
Hilang,
Kan jua berganti.

Ku tunggu
Tiba
Saatnya
Nanti.

Pergi.

Thursday, 1 May 2014

Kelab

Neon
Hallogen
Lights
Beautiful
Man made

Euphoria


...drop the bass...

Nanti

Sitting here,
Sipping a cup of hot coffee,
Looking out the window,
When I see
You...

Peace
Calm
Serene...

Rain fall down,
Tears roll down,
Missing you...

I whisper to the wind,
I say to the cloud,
Where ever my heart is,
I will always be here...

Waiting.

Confession

tanya sama malam,
apa erti gelita.
kata malam,
tidak ku mengerti,
Aku senantiasa disinari.
Walau bukan dari sang mentari.

tanya sama awan,
apa erti muram?
kata awan.
kalau deraian tangis kata mu,
itu bukan.
hujan bukan bak tangis,
menitis sedih menimpa bumi.

Tanya sama angin,
apa erti sepi.
kata angin,
hari ku tak pernah sunyi,
di darat, di laut, di awan.
penuh bunyi irama dan lagu.

Tanya sama hati,
apa erti rindu.
kata hati,
aku tidak tahu.
mahukah kau berpisah denganku.
aku juga begitu.

Tanya sama kau,
cintakah padaku?
kata ku,
Jangan kau diam membisu,
Jangan kau jawab melulu.
jangan soalan ini
menghantui benakmu...
biarkan ia berlalu..
Sampai satu masa...



Akan ku tunggu...

Suka

If a picture worth a thousand words,
your photo worth ten thousands more.

If Monalisa is to compare,
She will smile no more.

Your smile,
your cheerfulness,
is warmer than the morning sun.

I don't need blanket
to keep me warm through the night,
For I have your smile.

Cheap talks can be bought,
Cheap things can be thrown,
Cheap things are sometimes worth
less.

mine, aren't cheap.
you're indeed,
priceless.
You worth
the whole world

To me.

Kita

I am here,
You are there.
there are spaces.
Between here and there.
There are gaps.
Between here and there.

Let's fill them up
With what?
Anything.
Let's share.
Let's do things together.

But How?
anyhow.
some things need spotlights,
some are just nice to be
in the shadow.

there are things
that are made strong
while some other
need to be handled with care

I'll take the risks.
To build this dream city
once more.

For it has been empty
quite a long while.

For now, there is you.
and not only me,
Or I
In this city,
To build this town,
let's start with we
and us.

It is now,
Two.
It is now,
Fun.
No more, silence
No more, sorrow
No more me
No more I

Together.
We hope.
We pray.
We make.


Dreams
into reality.




*notakaki | ku tujukan puisi ini buat si dia
yang nun jauh disana beribu batu...
Walau kita jauh dimata,
kau tetap dihatiku
selalu.

Suara

this city's been empty
no one's here
but me

...

shh...
I hear a voice
It is not mine.
Is it yours?
not ours?
then whose?

shh...
Listen.
It is closer.
and closer.
...and closer.

shh...
Listen.
it's beautiful.
to hear other voice
than only ours
in this city
with no people.

shh...
It's calling for someone.
for us.
Smile.

It used to be
Only me
in this city...



Perhaps,
not anymore.



Welcome.

Kosong

this city's been empty
no one's here
but me

day
came in
came out
days...
and it is still me
and only me in this city

who is this
who is that
mannequins don't talk.
who are you
who am I?
Am I talking?
Am I Thinking?

I don't know.