Bagai mentari terbit petang,
Bagai rembulan terbenam malam,
Bahasa puitis susah nak hadam,
mengalahkan hadap biskut marie satu talam.
tak apa.
Melayu dulu,
Melayu kini,
tak sama.
Rupa ada,
Paras pon ada,
Bahasa masih sama,
cuma sedikit berbeza.
Santun nya tiada,
Sopan nya
kadang-kadang cuma.
Gaya, personaliti,
Penampilan,
di mana?
majlis kenduri dan keramaian sahaja.
rambut sama hitam, hati lain-lain.
itu dulu.
makan satu meja, bil asing-asing.
ini sekarang.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
itu dulu.
Friends for benefit,
ini sekarang.
zaman dah berubah.
Hang Tuah pon dah mati.
No comments:
Post a Comment